Dikisahkan dalam
sebuah kitab karangan
Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu
lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu
mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan
pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun
berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya
kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama
Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi
Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya
kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah
seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di
atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s
mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai
sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada
di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya
memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun
menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab
salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian
Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia
dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku,
kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak
mengetahuinya."
Barangsiapa yang
mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain
maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku
kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang
mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari
manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi
tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah
bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada
yang lima :
1. Mereka cinta kepada
dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada
harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada
makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada
dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada
gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
No comments:
Post a Comment